Kurang Penjagaan Sistem Brek Punca Kemalangan Kenderaan Berat

HPIM3268

Di Malaysia semua kenderaan komersil diwajibkan melalui pemeriksaan berkala setiap 6 bulan. Agensi yang bertangunggjawab melaksanakan pemeriksaan ialah Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer atau PUSPAKOM. Selain fungsi PUSPAKOM melaksanakan pemeriksaan kenderaan, ia juga menggeluarkan sijil layak kepada setiap kenderaan yand diperiksa selamat untuk dipandu di atas jalanraya. Namun, walaupun kenderaan yang telah diperiksa dan layak untuk dipandu oleh PUSPAKOM, faktor lain yang sangat perlu diberikan perhatian ialah faktor penyelenggaraan kenderaan itu sendiri.

Kemalangan yang kerap berlaku terutama melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori adalah berpunca daripada kurang penjagaan servis berkala. Banyak syarikat dan pengusaha kenderaan komersil seperti bas dan lori kurang mengambil berat aspek penyelenggaraan berkala ini. Antara faktor kekangan berlaku kelemahan ini ialah kenderaan yang kerap bertugas setiap hari sehingga tidak mempunyai masa untuk tujuan penyelenggaraan. Kos penyelenggaraan juga tinggi menyebabkan syarikat dan pengusaha berkira-kira untuk menghantar kenderaan untuk diselenggara dengan baik. Terdapat bengkel-bengkel servis dan membaiki kenderaan tidak dilengkapi dengan peralatan pembaikan dan ‘special tools’ yang lengkap. Selain bengkel-bengkel tidak mempunyai pekerja mahir dalam penyelenggaraan kenderaan, antara kelemahan yang ketara ialah pekerja-pekerja tidak merujuk kepada manual servis bagi setiap kenderaan. Hanya berpandukan kepada pengalaman bekerja tanpa merujuk kepada spesifikasi yang betul ke atas setiap kenderaan.

Punca kegagalan brek berfungsi ketika menuruni bukit atau kenderaan yang dipandu laju menukar kelajuan untuk perlahan dengan secara mendadak, akan mengalami fungsi brek. Ini kerana kebanyakan pengeluar kenderaan berat kebelakangan ini seperti bas dan lori dilengkapi dengan sistem Brek Angin, juga terdapat model-model tertentu dilengkapi dengan sistem ABS. Manakala kenderaan lama seperti lori keluaran Hino, Tata, Mercedes-Benz atau dikenali ‘lori kepala kasut’ yang masih menggunakan sistem bendalir brek (brake fluid) secara langsung tidak lengkapi dengan sistem ABS.

HPIM0587

Sistem brek angin, semasa idle (kaki tidak menekan brek dan sistem brek angin dicajkan oleh kompressor), tekanan udara mengatasi diafragma atau s-cam dalam kedudukan tertutup, sehingga sistem brek dilepaskan. Apabila pedal brek dilepaskan, tekanan udara akan menurun, s-cam tidak berfungsi dengan maksima dan brake shoe tidak mencengkam permukaan brek drum. Kemudian, kompresor bekerja semula mengepam udara untuk mengisi tangki reservoir dan tekanan udara meningkat kembali ke keadaan semula.

Klik di sini – Drum brakes systems

Begitu juga yang berlaku kepada jenis brek yang menggunakan bendalir brek. Di dalam saluran paip bendalir brek dari master cylinder ke wheel cylinder setiap roda, berkemungkinan masalah utama di dalam paip bendalir brek dan juga bendalir brek sendiri telah dicemari oleh air dan udara (contaminated). Ini akan menyebabkan tekanan (force) pada sistem brek rendah. Bendalir brek di dalam sistem brek sebaiknya dijujus atau diganti sekurang-kurangnya setiap 2 tahun. Bendalir brek diperbuat daripada bahan sintetik, ia mengandungi jumlah peratus air. Selepas mengalami kepanasan yang tinggi ketika membrek, sehingga boleh mencapai 400 darjah celcius. Bendalir brek di dalam paip boleh bertukar jumlah peratus kecil kepada wap air. Air yang telah wujud di dalam bendalir brek akan menurunkan tekanan di dalam paip brek.

HPIM0688 HPIM3274