Elektrik – kuasa baru penggerak kenderaan

Untuk bersaing atau maju dalam bidang automotif bukan sahaja menjadi pengikut dalam industri. Tetapi sudah pasti ramai yang bersetuju menjadi ketua dalam barisan industri automotif.

Kuasa elektrik. Bagaimana jikalau kuasa elektrik digunakan sepenuhnya bagi menggantikan enjin kenderaan anda..?? Bukan teknologi acah-acah ‘hybrid’ macam ciptaan ‘mereka’.

Kita tidak perlu kepada enjin konvensional sekarang, secara tradisi menggunakan bahanapi petrol, diesel ataupun gas yang menghasilkan ‘internal combustion’ di dalam kebuk pembakaran di dalam enjin langsung menggerakkan mekanikal-mekanikal enjin bergerak secara teknikal memindahkan kuasa kinetik tersebut melalui ‘clutch systems’ sebelum ke putaran ‘axle dan driveshafts’ bagi menggerakkan roda kenderaan.

Kita lupakan rupabentuk dan rekaan enjin. Kita pindahkan kefahaman ‘enjin’ kepada satu objek mekanikal yang lengkap menggantikan tempat dan kerja enjin bagi menghasilkan tenaga kinetik untuk menggerakkan kenderaan. Apakah komponen dan ‘equipment’ yang perlu ada supaya menghasilkan tenaga itu. Kita boleh bergerak dengan kuasa elektrik tanpa wayar, bukan seperti keretapi laju ‘peluru’ di bandaraya Tokyo dan Berlin, ataupun perkhidmatan keretapi ‘komuter’ serta ‘LRT’ di bandaraya Kuala Lumpur.

Tenaga elektrik yang disimpan di dalam bateri sebagai ‘store’ dan ‘back-up’ kuasa – menghidupkan atau menyediakan kuasa elektrik secara berterusan (continuously). Tidak perlu kepada stesen ‘cas elektrik’ atau ‘terminal cas’ di rumah atau di mana-mana tempat seperti kenderaan sekarang perlu mengisi minyak ke stesen minyak.

Kuasa aruhan daripada medan magnet menghasilkan elektrik dan putaran dengan ‘revolution’ meningkatkan kuasa elektrik. Kuasa elektrik dihasilkan ialah Arus Terus (direct current) bukan Arus Ulang-alik (alternate current) yang sangat membahayakan. Peningkatan fungsi kepada ‘inverter’ supaya kekal menghasilkan kuasa elektrik yang tinggi yang diperlukan, manakala fungsi ‘regulator’ juga mengimbangi kuasa elektrik yang dihasilkan