Proton Saga – lampu isyarat membelok tidak berfungsi/menyala

Sungguh leceh bila lampu signal-membelok tidak menyala atau tidak berfungsi. Takkan nak ‘pakai’ tangan kot..?? terkial-kial tangan terjulur keluar tingkap pintu sambil terkapai-kapai, haha!..

Kalau hari hujan lebat macam mana pula? Alahai, memang muka jadi macam kerang lah.

Hmm.., lagi rasa bersalah besar bila kita memandu dan mahu membelok.. alamak, tengok di cermin pandang belakang ada pula kereta sedang mengekori. Apa lagi, bersiap sedia mungkin kita akan di hon panjanggg…, atau, orang itu mungkin cakap,”..apa punya samdol lah engko Bai, bila mau ‘kona’ kasi la ‘signal’..”!

Mungkin ia disebabkan oleh penyambung lampu (connector) rosak atau cair (melt). Ini kerana faktor usia wayar lampu berkenaan sudah lama, telah menjadi keras sehingga mudah berlaku ‘short-circuit’.

Penyambung wayar yang cair ‘shortage’ menyebabkan lampu signal-membelok tidak berfungsi.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memeriksa dengan teliti penyambung wayar (connector) lampu signal-membelok yang berada di bawah antara ‘steering coloum’ dan panel ‘dashboard’, berhampiran dengan kotak fius utama di dalam kereta.

Gantikan penyambung wayar (connector) yang baharu jika terdapat penyambung wayar berkenaan telah cair terbakar. Penyambung wayar yang telah rosak terbakar menyebabkan tiada penyambungan litar yang berkaitan.

Walau sedikit terbakar pada penyambung wayar, ia menjadikan lampu ‘signal-membelok’ anda gagal berfungsi.

Nota : Anda patut juga membaca artikel saya berkenaan ‘rejuvenate and reenergise’ the battery. Ia akan memberi manfaat kepada anda.