High Tech High Touch

Teknologi telah pun mengubah ‘trend’ kehidupan manusia, sehingga menjadi satu kegilaan dan mempengaruhi tabiat hidup manusia sehari-hari. Perkembangan pantas teknologi sehingga manusia dipaksa terima keadaan, seolah-olah manusia bertukar menjadi ‘machinary’ kepada teknologi. Sifat insan di dalam jiwa manusia semakin terhakis hilang seperti mana tercemarnya keindahan asal Sungai Gombak. Prinsip asas manusia semakin terhimpit oleh desakan ‘stroke’ piston bergerak ke atas ke bawah dan begitulah seterusnya dengan pusingan lengkap beberapa ‘revolution’ setiap minit.. John Naisbitt pengasas buku ‘High Tech High Touch’ menyampaikan bagaimana pola hidup manusia telah berubah menjadi alat kepada teknologi itu sendiri. Pelbagai ‘design’ alat teknologi berlandaskan teknologi sains barat mencabar faktar al-Quran. Maksud firman Allah, “Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Quran 29:69)