Melontar Kealpaan Menadah Kesyukuran

Selalu aku lemparkan batu

Kemudian sembunyikan tangan

Kebaikan yang banyak aku buka luaskan

Kejahatan yang banyak aku kunci matikan

Dengan harapan menutup kelemahan

Hati masih buta, diri tetap alpa

Iman masih setitik pena

kerana itu rakus dengan rahmat

Ketika gelisah dek kesukaran

ku panjatkan doa berpanjangan

tapi tak pernah berkeluh kesah

Dengan amal yang tak bertambah

Tuhan,

Sucikan kembali hati ku,

dengan jalan kebenaran

Agar redha dengan kepayahan,

syukur dengan kenikmatan

“Apabila kami berikan nikmat kepada

manusia dia berpaling dan menjauhkan

dirinya (tidak berterima kasih)

tetapi apabila dia ditimpa kejahatan, dia (berdoa)

dengan doa yang berpanjang lebar “. (surah as-Sajadah : ayat 51)

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan

bersifat keluh-kesah, apabila dia ditimpa

kejahatan, dia keluh-kesah.

Dan apabila dia mendapat kebaikan (harta)

dia enggan bersedekah “. (surah al-Maarij : ayat 19-21)

“Supaya Allah mengampuni dosa mu yang

telah lalu dan kemudian, dan (supaya)

menyempurnakan nikmat-Nya

kepada mu, dan menunjukkan ke jalan

yang lurus “. (surah as-Fath : ayat 2)